Sunday, June 5, 2011

SeSeKaL!..

 Bissmillahirahmanirahim...

Hidup ini upama kita bermain "puzzle"..kalu masih ada ruang atau kepingan puzzle tidak ckup maka tidak sempurnalah puzzle ini..sememangnya amat berkaitan rapat puzzle ngan kehidupan ini..kehidupan ini tidak sempurna jika semuanya adalah yang manis, tidak sempurna jika kepahitan yang sentiasa berpanjangan...
Sejak kebelakangan ini, izah sering terasa lemah dan rasa tidak kekuatan untuk semuanya....kata-kat dalam nasyid ini amat-amat memberikan kesan kepada diri ini yang hampir rasa down dengan semua yang berlaku..tapi apa pown semuanya..Allah yang mengkehendaki semuanya keatas diri ini untuk lalui jalan tarbiah hidup ini..




Sesekali Wildan



Sesekali kita perlu derita
sesekali kita perlu kecewa
untuk kita mengenali erti bahagia
untuk kita mengenali erti berjaya


sesekali kita perlu menangis
sesekali kita perlu terhiris
untuk kita mensyukuri nikmat yang di beri
untuk kita mengenali diri sendiri


ujian yang datang menguji kesabaran
perlu keimanan dan ketakwaan
sebagai hamba kepada Tuhan kita harus bertahan
jalan ke syurga penuh dengan likuannya
penuh dugaan dan rintangannya
hanya yang cekal dan yang tabah
pastikan menemuinya


masihkah lagi mahu menghitung
sedikit mehnahNya
jika dibanding dengan selaut rahmat dan nikmatnya
seharusnya kita rasa bersyukur dan berlapang dada
itulah tanda kasih sayang Allah
kerana kita sering terlupa
pohonkan doa kepada Tuhan
agar beroleh keredhaan..



Friday, June 3, 2011

Teguran Nya.. terasa langkah ku atur bersama Nya...

Doa Mohon Kekuatan Hati

Bissmilah ku bariskan.. selawat dan salam ku hulurkan kpada Dia Muhammad s.a.w..salam mahabah dari izah untuk semua sahabat.. sebelum jauh izh mencoretkan bahan bersama izah ucap terima kasih sangat wat sahabat izah yang sudi luangkan masa menemani diri ini..tenkiu wat ummu biar pown awak x sihat tapi awak still sudi  luangkan masa untuk kta bersama.. k.sa juga thanks temankan seharian duduk  study skali..huhu..
syukran wat adik-adik along pikah dan zaty sudi juga luang masa dengan along...
 Sememangnya minggu ini terasa minggu yang agak suram sangat... tiba persaan rindu, sedih dan sebak di dada sentiasa datang menjengah..tpi alhamdulillah..tentunya ada hikmah yang tersirat..

Hari ini bangun saja dari tidur..hati ini terus di sapa dengan perasaan itu.. cuba ku tidak endah kan.. Allah izin hari ini tiba-tiba rajin nk mengemas buku yg x digunakan lagi..dalam asyik izah leka mengkelaskan bku-buku, kertas-kertas yang akan di buang..terpandang izah dengan satu kertas yang terlipat..di dalam kertas itu adalah bahan tazkirah yang di sampaikan oleh Sir.Rosdi , yang menyentuh soal hati dan iman...

"Bahagianya airmata yang mengalir dalam pelukan Kasih Ilahi"

"TIDAKLAH KAKINYA DITUSUK DURI MELAINKAN UNTUK MENGAMPUNKAN DOSA NYA".

Kata-kata ini terus tersentuh pada hati ini.. mungkin sudah lama tidak disentuh mujahdah hati ini dalam muhasabah diri.. sebak di dada bila izah hayati dan fahami kata-kata ini.. sebab tu lah sepanjang minggu yang  izah lalui ini pelbagai ujian dari Allah untuk izah... masalah jaga hati sahabat dalam berukhuwah, diri sendiri dan macam-macam lagi, dan semuanya Allah datangkan waktu saat-saat getir untuk hadapi final ini.. time ni baru rasa Allah nak bantu izah dlam teruskan jihad..mungkin diri ini kurang terasa kebergantungan denganNya sebab tu lah Allah datang kan semua untuk izah kembali pada jalanya..

Coretan catitan  dari bahan yang izah dpat .."Janganlah Kamu Pernah Berhenti Mengetuk Pintu RahmatNya".. dengan kata-kata ini..terus hati ini terasa sebak sangat...terasa sangat jauh diri ini dengan rahmatNya.. baru saat ini juga .. hati memahami akan Iman itu adalah kunci pada hati seorang mukmin, kerna dari iman itulah yang sentiasa akan memberikan keajaiban kepada pemilik hati dan rohani ini....Kerna Iman itu bukanlah dari mata pena untuk dicoretkan dan luahan kata-kata dari lisan tapi hati yang menterjemahkan segalanya..Subahannallah..terasa ketenangan dihati ini sebentar Allah menengurku...

Dan sebelum terlelap malam tadi sempat izah membuka "Petunjuk Sepanjang Zaman" oleh syed Qutb dalam point Keagungan Iman..dengan firman Allah.."Janganlah kamu bersikap lemah, dan janganlah kamu bersikap sedih hati, padahal kamu adalah orang-orang  yang paling tinggi darjatnya, jika kamu orang-orang yang beriman..Ali Imran:139".. firman Allah ini peringatan kasih dari Allah untuk kita semua.. walhua'lam..

p/s: kepada sahabat izah yang sedang bersedih hati..jagan lah dikau terasa beban..yakinlah segala ujian yang hadir ini bukan untuk membebani diri mu, tetapi banus jalan ke syurga..^_^.. smile always dalam tarbiahNya..dan berlapang dadalah..InsyaAllah ada jalannya....