Tuesday, August 9, 2011

Sungguh Indah Berjalan dalam gengaman kasih ilahi..



Hatiku berbicara..tentu bahagianya seorang insan itu sentiasa di mudahkan segalanya, tanpa ada duri yang mencalarkanya, namun sebenarnya tanggapan itu, belum lagilah bahagia kerna bahagia itu lahirnya dari kepahitan yang akan rasai atau dirasai,  kerana dari kepahitan itu lah benih yang mencabahkan rasa bahagia hidup seorang insan, begitulah dengan ujian yang Allah susun pada pentas kehidupan ini.
Kita sering mengukit dan mengeluh  akan duri yang terhiris meskipun hanya seurat benang, sedar atau tidak kita kan teguran kasih Nya dalam mentarbiah diri kita, serta peluang jalan dekati pintu syurga Ilahi. Sungguh secara jujurnya diri ku ini juga sering mengukit dan mengeluh apa yang terjadi..
Tiba satu masa Allah akan sentuh hati ini bila terasa  “bahagia”  sedangkan “derita “ yang akan menjengah, benarlah apa yang telah Allah telah berfirman dalam Al-quran “ sesuatu yang kamu merasakan ia baik untuk kamu itu belum pasti adalah baik untuk kamu , dan apa yang kamu sangkakan tidak baik untuk kamu itu  mungkin adalah yang terbaik”.

         
Persoalan kejujuran dalam teguran ini amat berkait sekali kerna dalam apa jua tindakkan semuanya meliputi kejujuran dari niat, sememang nya diri kita selalu akan menyatakan ia pada diri sendiri akan kejujuran yang ada, tetapi sebenarnya tidak semua tindakkan yang lakukan ini dengan kejujuran yang hadir bersama keikhlasan.

Cuba sama-sama kita muhasabah kembali diri ini, sememangnya kita tidak mahu pelbagai ujian dan mehna yang datang menjengah hidup ini, tapi sebenarnya kita sendiri yang mengizinkan semua, apa-apa ketentuan nya juga memang dari Allah. Kita tidak pernah jujur dengan TAUBAT kita pada Allah, seriang akan terkencundang kembali, peringatan ini banayak memberi pada diri ini sendiri.

Sering juga di ingatkan pada diri yang hina ini, sesuatu yang berlaku dalam hidup ini semua ketentuan Allah dalam menyusun langkah kita dekati Syurga bersama Ilahi. Walhua’lam.

P/s:Mohon doa dari kalian untuk terus kaki ini kuat melangkah..

Tuesday, July 19, 2011

~HaTi InI~

Bismillahirahmanirahim.



Pertama kalinya ku ucapakn syukur kehadrat Allah..atas nikmat yg masih lagi di pinjamkan pada kita..iaitu nikmat  Iman dan islam..srta nikmat kesihatan dan nafas  dalam kasih Nya…
Ingin ku kupas kan tentang peringatan bagi diri ku dan buat semua sahabat di luar sana.. soal yang ingin ku bangkitkan adalah soal Hati.. ADAKAH DIRIKU DAN ANDA  SEMUA TELAH BETUL-BETUL KENAL HTI MASING?.. mungkin ada yang yang mengatakan YA atau sebaliknya…
Dalam Quran  telah Allah berfirman : “ telah ku cipta kan seketul daging di dalam tubuh manusia dimana, baik di bentuk atau sbaliknya.. Hati ini perlu di jadikan persoalan harian kita kerna ia mempengaruhi setiap detik, hari, dan saat hidup ini..kerana dari hati lah niat di mulakan.

“Innama a’malumbinniat”.. setiap  amal di mulakan dengan niat

 “Hati ini Allah menciptakan ia, untuk dipertangugjawabkan di akhirat kelak kerena hati adalah pengerak perjalan hidup ini, sesungguhnya Hati pada hakikatnya patuh pada Allah, dan setiap ibadat yg dikerjakan oleh angota badan itu merupakan kunci pengerak semuanya. Dunia ini ibarat wanita atau perempuan yang curang, maka hati inilah perlu di fungsikan untuk memilih jalan yang lurus dalam hidup ini. Petikan dan kupasan dari buku “Keajaiban Hati” oleh salah seorang penulis hamka, menerangkan hati ini di hidupkan sama ada Nafsu atau Iman. Maka telah Allah telah berikan kita pilihan untuk mengerakkan hati itu sendiri.

Hati ini sangat memainkan peranan penting, kerana dari hati ini di sentuhdan tempatnya Allah akan pandang untuk dipertimbangkan amal atau makruf. Span ini dapat di ibaratkan esperti hati juga di mana meresapi semuanya baik atau kotor, tetapi hakikatnya kita perlu jadikan hati ini sebagai “penapis” untuk kita aturkan jalan hidup ini.

Allah itu maha lebih berkuasa lebih mengetahui sesuatu yang tersirat dan yang tersurat . Sedarkah tempat mana pertama-pertama Allah akan sentuh?.. tentunya adalah hati, kita sering mengatakan dan merasai suka dan perit hanya dihati. Kadang-kadang ada masa kita rasa hati kita ini bahagia tetapi dalam masa yang sama juga kita akan terasa kan sesuatu yang hilang atau kosong, sebenarnya kita prlu tahu yang Allah sedang menyentuh hati ini. Jangan pernah kiata putus asa dengan semua Allah berikan. 

Kerna dari hati juga allah letakkan hidayah, adanya cahaya yang mengerak semua pacar indera ini..
“Ya Allah, pimpinlah  hati ini jalan jangan pernah kau palingkan  hati dari kasih, agar bias ku sentiasa menghayati hidayah mu  ya Allah….”


Peringatan buat diri ini dan semua sahabat diluar sana, kita masih belum  terlambat untuk ubati hati ini, yakin lah!.. bahawa cahaya yang pernah hadir itu masih berada didalam sana lagi, Cuma hanya di tutupi dengan kekaburan asap nafsu dan dosa serta titik hitam  yang yang sentiasa dihadapan.


Sebelum ku akhiri coretan dan pesanan bersama, ku pohon pada Allah moga Allah sentiasa membimbing hati ini dan ku harap dari semua doakan hati ini kuat tempuhi segala mehna yang akan mendatang dan yg sedang ku tempuhi. Walhua’lam.

Sunday, June 5, 2011

SeSeKaL!..

 Bissmillahirahmanirahim...

Hidup ini upama kita bermain "puzzle"..kalu masih ada ruang atau kepingan puzzle tidak ckup maka tidak sempurnalah puzzle ini..sememangnya amat berkaitan rapat puzzle ngan kehidupan ini..kehidupan ini tidak sempurna jika semuanya adalah yang manis, tidak sempurna jika kepahitan yang sentiasa berpanjangan...
Sejak kebelakangan ini, izah sering terasa lemah dan rasa tidak kekuatan untuk semuanya....kata-kat dalam nasyid ini amat-amat memberikan kesan kepada diri ini yang hampir rasa down dengan semua yang berlaku..tapi apa pown semuanya..Allah yang mengkehendaki semuanya keatas diri ini untuk lalui jalan tarbiah hidup ini..




Sesekali Wildan



Sesekali kita perlu derita
sesekali kita perlu kecewa
untuk kita mengenali erti bahagia
untuk kita mengenali erti berjaya


sesekali kita perlu menangis
sesekali kita perlu terhiris
untuk kita mensyukuri nikmat yang di beri
untuk kita mengenali diri sendiri


ujian yang datang menguji kesabaran
perlu keimanan dan ketakwaan
sebagai hamba kepada Tuhan kita harus bertahan
jalan ke syurga penuh dengan likuannya
penuh dugaan dan rintangannya
hanya yang cekal dan yang tabah
pastikan menemuinya


masihkah lagi mahu menghitung
sedikit mehnahNya
jika dibanding dengan selaut rahmat dan nikmatnya
seharusnya kita rasa bersyukur dan berlapang dada
itulah tanda kasih sayang Allah
kerana kita sering terlupa
pohonkan doa kepada Tuhan
agar beroleh keredhaan..



Friday, June 3, 2011

Teguran Nya.. terasa langkah ku atur bersama Nya...

Doa Mohon Kekuatan Hati

Bissmilah ku bariskan.. selawat dan salam ku hulurkan kpada Dia Muhammad s.a.w..salam mahabah dari izah untuk semua sahabat.. sebelum jauh izh mencoretkan bahan bersama izah ucap terima kasih sangat wat sahabat izah yang sudi luangkan masa menemani diri ini..tenkiu wat ummu biar pown awak x sihat tapi awak still sudi  luangkan masa untuk kta bersama.. k.sa juga thanks temankan seharian duduk  study skali..huhu..
syukran wat adik-adik along pikah dan zaty sudi juga luang masa dengan along...
 Sememangnya minggu ini terasa minggu yang agak suram sangat... tiba persaan rindu, sedih dan sebak di dada sentiasa datang menjengah..tpi alhamdulillah..tentunya ada hikmah yang tersirat..

Hari ini bangun saja dari tidur..hati ini terus di sapa dengan perasaan itu.. cuba ku tidak endah kan.. Allah izin hari ini tiba-tiba rajin nk mengemas buku yg x digunakan lagi..dalam asyik izah leka mengkelaskan bku-buku, kertas-kertas yang akan di buang..terpandang izah dengan satu kertas yang terlipat..di dalam kertas itu adalah bahan tazkirah yang di sampaikan oleh Sir.Rosdi , yang menyentuh soal hati dan iman...

"Bahagianya airmata yang mengalir dalam pelukan Kasih Ilahi"

"TIDAKLAH KAKINYA DITUSUK DURI MELAINKAN UNTUK MENGAMPUNKAN DOSA NYA".

Kata-kata ini terus tersentuh pada hati ini.. mungkin sudah lama tidak disentuh mujahdah hati ini dalam muhasabah diri.. sebak di dada bila izah hayati dan fahami kata-kata ini.. sebab tu lah sepanjang minggu yang  izah lalui ini pelbagai ujian dari Allah untuk izah... masalah jaga hati sahabat dalam berukhuwah, diri sendiri dan macam-macam lagi, dan semuanya Allah datangkan waktu saat-saat getir untuk hadapi final ini.. time ni baru rasa Allah nak bantu izah dlam teruskan jihad..mungkin diri ini kurang terasa kebergantungan denganNya sebab tu lah Allah datang kan semua untuk izah kembali pada jalanya..

Coretan catitan  dari bahan yang izah dpat .."Janganlah Kamu Pernah Berhenti Mengetuk Pintu RahmatNya".. dengan kata-kata ini..terus hati ini terasa sebak sangat...terasa sangat jauh diri ini dengan rahmatNya.. baru saat ini juga .. hati memahami akan Iman itu adalah kunci pada hati seorang mukmin, kerna dari iman itulah yang sentiasa akan memberikan keajaiban kepada pemilik hati dan rohani ini....Kerna Iman itu bukanlah dari mata pena untuk dicoretkan dan luahan kata-kata dari lisan tapi hati yang menterjemahkan segalanya..Subahannallah..terasa ketenangan dihati ini sebentar Allah menengurku...

Dan sebelum terlelap malam tadi sempat izah membuka "Petunjuk Sepanjang Zaman" oleh syed Qutb dalam point Keagungan Iman..dengan firman Allah.."Janganlah kamu bersikap lemah, dan janganlah kamu bersikap sedih hati, padahal kamu adalah orang-orang  yang paling tinggi darjatnya, jika kamu orang-orang yang beriman..Ali Imran:139".. firman Allah ini peringatan kasih dari Allah untuk kita semua.. walhua'lam..

p/s: kepada sahabat izah yang sedang bersedih hati..jagan lah dikau terasa beban..yakinlah segala ujian yang hadir ini bukan untuk membebani diri mu, tetapi banus jalan ke syurga..^_^.. smile always dalam tarbiahNya..dan berlapang dadalah..InsyaAllah ada jalannya....

Monday, May 23, 2011

~T.A.K.U.T~

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyanyang


"Tiadak Aku ciptakan Jin dan Manusia untuk beribadah kepadaKu" Firman Allah , ini cukup menjelaskan kepada siapa yang sepatutnua kita tunduk, patuh, taati dan takut akan azabNya...
Namun erti takut pada sesuatu yang benar iaitu Pencipta alam semesta ini, tetapi kita sendiri telah meletakkan takut itu kepada makhluk yang di ciptakan jua..
sememangya kita akaui dan akn berkata apabila di persoalankan siapa yang yang kita takuti?..mesti kita akan "kami takutkan Allah"..sedarkah wahai diri bahawa kiata hanya berkata kosong sahaja..cuab kita perjhatiakan yang selalu sinonimnya denga diri kita sebagai seorang pelajar..
* Bila assigment x siap or keja yang sepatut nya kita mesti takut nak jumpa pensyarah tu.."aku xmo masuk klas lah takut kene marah"..owh..taku ngan lect x pa x takut ngan Allah x pe pula..coz kerja or assgment tu salah satu amanah guru kepada kita..allah tidak suka pada hambaNya tidak berasa amanah dalam diri nya..*astagfirullah*
* Kadang-kadang kita akan diuji dengan dengan pelbagi ujian antara ujian dalam bersahabat..dalam besahabat ini kita amat sensitif dalam percakapan untuk menjaga hatinya..seperti sahabat kita telah melakukan dosa atau maksiat kepada Allah.. tetapi amat berat bagi untuk kita menegurnya..takut perasaan nya terluka..sedangkan kita tidak tahu Allah yang mencipta diri ini sentiasa menunggu hambaNya mengajak orang lain mendekatiNya..agar bisa bersama dengan Ilahi di syurga sana..namun kita yang membenarkan sahabat kita meletakkan langkah untuk mengundur diri dari Ilahi...

Allah Berfirman: "Dan demikian (pula) di antara manusia, binatang-binatang melata dan binatang-binatang ternak ada yang bermacam-macam warnanya (dan jenisnya). Sesungguhnya yang takut kepada Allah di antara hamba-hamba-Nya, hanyalah ulama. Sesungguhnya Allah Maha Perkasa lagi Maha Pengampun" (Fathiir 35:28)

Bagi saya sendiri untuk mencoretkan sedikit bahan ini, terasa amat berat meskipun hanya ringkas..apa pun sama2 lah kita bermuhasabah diri ini kembali..


Wednesday, May 18, 2011

~Sayang Kamu..kerana Kasih Ilahi...



Hidupku ini umpama malam yang tidak muncul siang nya..
dalam daku tercari-cari cahaya..
kadang-kadang langkah ku tersasar dari haluan yang ku aturkan..
kadang-kadang langkah yang ku aturkan terasa perit bersendirian....

Dalam kegelapan ku melangkah..
ku pohon pada Ilahi..
Hadirkan lah teman dalam menemani perjalanan cahaya Mu..
Agar tidak lagi langkah ku tersasar...



Namun dengan kasihNya..
Hadirnya insan ini menemani perjalananku...
memimpin tangan ku mengantur langkahku...
hadirmu memberikan keceriaan hidup ku...

Tika dukaku  alami..
tegah kau selami dengan penuh kesabaranmu..
untuk mengilapkan kembali keceriaanku..
memudarkan kegusaranku..
memaniskan kepahitan yang ku alami...
dan cuba semampunya menjadi teman sehaluan ku...

Setiap baris kata yang tersusun..
setiap simpulan senyuman mu..


ya Allah..
Abadikanya dalam lukisan hati ini...
Jangan penah kau hilang kan senyumannya..
Jadikanlah sebagai penguat hatiku..
Tika daku berjauhan dengan nya...

ya Allah...
Pimpinlah hati kami..
Jangan pernah Kau terbugarkan ikatan suci ini..
Kuatkanlah gengaman tangan ini...
dalam meniti Syurga Mu..


Duhai sahabat..
ketahuilah, hadirmu telah mengubah seluruh hidup ku...
terima kasih ku bariskan..
sudi menemani perjalanan ini...



Abadikan saat ini... 

with k.sa n zaty..


Kecerian mu kecerian ku


Abadan Abada


~buli zaty!

senyum ku..senyuman mu




P/s:..khas untuk semua insan yg hadir dalam hidup ku... ^_^

Saturday, April 30, 2011

~Felling~


Bissmillah..ku dahulukan...urm..mesti kali nie sahabat semua pelik dengan post yang izah post kali nie..post bagi kali nie bukan atas dasar apa-apa just nak kongsi apa yang izah kaji..~ngeh..


Perasaan ingin dicintai dan ingin mencintai adalah satu anugerah yang paling utama dari Allah…kalu tanpa perasaan itu macam nak nk semai mahabbah kepada Ilahi sang Pencipta kita…


"Jangganlah kamu merosakkan Cinta itu, dan jagan Cinta itu merosakkan kamu juga, kerna Cinta itu adalaha suci dan hakiki kerna lahir dari hati yang suci.."(Umar al_khatabb)


Izah pernah bertanya stu soalan pada seorang adik junior izah… “macam mana kita nak tau kita ni da peminat ker tak?(besalah orang yang tak pernah dialami duduk dalam “alam cinta”huhuhuhu)…coz dipikirkan orang yang minat satu sama lain nie..depa luahkan perasaan ker tunjuk respond jerk trus jadik kapel….tersenyum jerk adik junior izh nie…jawapan junior saya.. “k.izah tau x orang yang mengexpresi kan perasaannya dalam ungkapan kata2 ini selalunya hanya atas bayangan hidup atau hanya duduk diadalam fatamorgana yang hanya di buai mimpi…yang akhir nya menerima derita dan sengsara yang mula di kecapinya dengan keindahan yang menipu.”..=)

Teringat aku dalam satu artikel seorang insan ini… hidupnya sering ragui tentang cintanya akan diserahkan kepada siapa selepas Allah, Rasul dan ibubapanya….. persoalan ini sering bermain dildalam fikiran hidupnya… meskipun umur nya baru mencecah bunga yang baru mekar keharumannya… dalam hidupnya belum pernah hati nya terisi dengan mana lelaki yang bukan halal baginya untuk menyetuh hatinya… dalam gurauan senda selalu terlafaz “bilalah ana nk kawin yerk?..atau…terasa nak kawin juga..”.. dalam gurauan sendanya pernah sahabat nya menyatakan.. “aku pelik lah remaja zaman skarang semuanya x berfikiran terbuka..coz semuanya pakat nk kawin awal..meraka  x sedar ker zaman remaja ni  kejap..zaman untuk bebas…”….. kadang-kadang kata-kata  ini membuat nya terkedu…

Tetapi sebenarnya perasaaan yang hadir untuk memikir tentang membina baitul muslim ini adalah salah satu jalan untuk memilihara mahkota, hati dan iman… kerana di usia remaja inilah kehendak syahwat  kepada mencari pasangan hidup adalah satu cabaran yang tertinggi dalam ujian di alam remaja… memikirkan semua ini…teringat salah seorang orang berilmu berkata untuk membina rumah yang kukuh pembinaan nya mesti dari bahan dan tapak perbinaan yang  elok..begitulah untuk membina  baitul muslim ini..tidak mahu lah tapak pembangunan itu bermula dengan dosa dan amarah Allah…

“Sesungguhnya apa yang kamu benci atau tidak kamu sukai itulah yang terbaik bagi kamu, sesungguhnya Allah itu maha mengetahui apa yang terbaik bagi setiap hambanya”……mengingatkan firman Allah itu, di fikiranya bermain seribu satu persoalan antaranya… kerana ramai remaja sekarang menjadikan tukar pasangan ini adalah satu adat penting dalam usia remaja….



~Doa nabi Daud~
Untuk semua ini difikiranya….jika difikirkan panjang banyak lagi urusan usia belum selesai..dalam senarai fikiranya…pertamanya bakti dngan kedua ibu bapa belum pernah terbalas…keduanya,  mampukah bergelar isteri solehah..terlalunya banyak khilaf yang dilakukn, ketiganya.. kesempurnaan dalam mengusai Ilmu memikul sebagai daie’ ini blum cukup sempurna… bagaimanaa nak didik  generasi baru dan membina baitul muslim ini jika diri belum sempurna…  sememang untuk memikir tiga pekara ini amat lah perit sekali.. apa-apa pun yang terbaik serah kan semua nya pada Allah untuk menyusun perjalanan ini. Walhu'lam.

Sunday, April 10, 2011

"Allah Sentiasa Bersama Hambanya Yang Sabar"


Dalam meninti arus ombak kehidupan ini  kita sering diuji ibarat isi dan kuku kerana dimana-man kita berada manusia seiring dan sentiasa dengan ujian yang datang kepadanya.. Sabar yang dan ujian itu sendiri adalah hadiah dari Allah yang special bagi hambaNya yang terpilih untuk di tarbiah bagi kecapi nikmat syurga yang diganjari oleh Allah... 
Sabar juga adalah satu ibadah dan amalan yang dikira serta nilaian Allah terhadap hambaNya...disini dapat dikongsikan dan sama-samalah kita muhasabah kembali... sabar itu haruslah meliputi:-

* tabah dan tekun dalam mengerjakan taat atau ibadat kepada Allah;

* menahan diri daripada melakukan maksiat atau kemungkaran;

* memelihara diri daripada dipukau oleh godaan dunia, nafsu dan syaitan;

* tenang/teguh hati menghadapi cubaan atau musibah.

Tpi sedihnya knapa masih di fikiran dan dihati kita masih menyuarakan " Sabar aku ada tahap nya!".. sedangkan kita tahu Allah itu sentiasa bersama hambaNya yang sabar...
Nikmat sabar ini salah satu nikmat yang terbesar juga dalam hidup ini..cuba kita kita fikirkan balik..

~kita tengah jalan-jalan best tibe2 tersepak benda.."sial lah batu nie dok tengah jalan gangu jalan orang tul"...
~kita tengah khusuk masak tibe2 minyak percik..apa yang diucapkan?
~kita tengah gurau-gurau ngan kawan tiba tangan terlanggar tepi kerusi tau benda2 yang ada kat sekeliling...
~barang kita terkene something yang x suka contohnya kasut selalu kene najis kucing(sbb kat asrama saya banyak kuncing)..."kucing nie aku sembelih jugak kang!..
~bila kita nak wat baik da jerk orang tak heran and siap kene kutuk balik..."ah! malas dah nak wat baik dah..@ kenapalah aku yang kene...
~seterusnya pikir-pikir lah sendiria  apa yang anda alami.. 

Istighfarlah kita sahabat..selalunya Allah uji kat kita benda yang kecik jerk tapi kata dah x boleh sabar.. belom benda yang besar lagi... disini nak dicoretkan satu pengalaman saya..

saya kuat gak tidur...tapi part orang nak gerakkan saya dengan terkejutkan saya memang panas hati..tpi satu hari ni.. saya memang letih yang amat..saya pown tidur..sebelum saya tidur tu saya dah pasang niat kalu ada orang mengejutkan saya dengan terkejutkan saya, nak cuba bersabar xnak panas2 hati nie...saya pown tido...sedang nyenyak lena dibelai angin dari kipas syiling musollah..tiba2 adalah sahabat saya zaty yang sdang khusuk bergurau dengan sahabat saya yang lain, saya x taulah depa dok bergurau pa..tiba2..dalam mimpi saya terdengar bunyi letupan kuat..terus terjaga..rupanya zaty terpukul kaki saya dengan kuat, yang disangkakan kaki si ummu...apalagi bangun terus duduk..tapi apa yang terlafaz dari mulut insan yang mamai ni...  "Rasulullah pown x gerak sahabatnya bagun dari tidur cam nie.."..kata2 tu sepinta lalu keluar dari hati ke mulut ke  telinga... lepas tu tercengang semua yang da kat situ.."fuh!..ngatkan  nak marah tapi tazkirah dibagi"(huhu..klakar pulak ingatkan kembali)...tpi nikmat sabar yang kurasai tenang..tidak ada rasa panas hati dengan sesiapa pown...

Jadi bagi sahabat semua SABAR itu amat penting sangat....sama2 lah kita muhasabah kembali tentang apa amalan yang telah kita lakukan ...wallahu'lam

"ALLAH MENGUJI HAMBANYA SEHINGGA HAMBANYA LAYAK MENJADI PENDUDUK SYURGA BUKAN SEKADAR TETAMUNYA"(sIr R0sDi)

Tuesday, March 15, 2011

Kembara Hidup..

Bissmillah....


Telah jauh aku mengembara

mencari erti hidup di dunia ini

Yang selamaini sering disalah erti


Oleh mereka yang bertuhankan hati
Ku musafir ke pelusuk dunia
Memerhatikan gelagat manusia
Ada yang gembira hingga terlupa
Ada yang berduka tetapi gembira
Terasa lelah menempuh jalanan beronak duri
Kekadang sesat tanpa haluan
Sehingga punca hilang di mata
Kuturutkan jua hati yang buta
Kupasrahkan padaMu Tuhan
Segala yang akan berlaku
Kerana Engkaulah menentu segala
Menciptakan dunia penuh pancaroba
Tak terdaya rasanya kaki melangkah
Kau pimpinlah langkahku Tuhan
Agar tidakku kesesatan dari jalan SyurgaMu yang diidamkan
Kerana tidakku terdaya menahan seksa neraka
Tidak pula layakku ke syurga
Ku hanya hamba yang diciptakan dengan kelemahan
Sering daku terlupa sering jua daku terleka
Dengan nikmatMu yang melimpah didepan mata
kalau ada yang hajat nak dengar klik jerk kat sini...(http://www.youtube.com/watch?v=zqyBEPTPuPc)...n_n

Allah Al-Khaliq.....

Bismillah kudahulu.. selawat keatas junjungan kekasih Ilahi.....
Salam semua..... huhuhuhu..dah lama x ter update2 post nie...
kali nie dapat gak izh update post..hehehehe setelah berkurun lamanya berperang dengan masa..akhirnya dapat curi gak...

Hari nie bgi izh rasa bahagia and rasa terharu ngan dengan pa berlaku...dalam seharian-harian kita hidup dengan nikmat nafas yang Allah..pernah tak kita fikirkan kewujudan Allah dalam setiap saat jatung kita berdegup?...jarang sekali kita nak perhatikan nikmat yang bagikan?..kadang tu hati dan fikiran kita pun tak pernah terlintas dan terasa dengan kebesaran Ilahi tu kan.... yang izh nak kongsikan... mase dalam perjalanan nak sampi ke kolej izh perhatikan kenderaan yang bergerak-begerak, lepas perhatikan kereta dijalan tibe-tibe kapal terbang lalu atas kepala.. time tulah baru terpikir...urm macam mana Allah mengawal pergerakkan semuanya.. cube sahabat perhatikan dalam1 minit... jantung kita yang berdegup, cel2 dalam tubuh yang menjalankan  tugasan mereka, keadaan sekeliling angin yang bertiup2, pergerakan manusia dikiri dan kanan kita, makluk dan hidupan yang dalam laut dan daratan bergerak serentak dengan kita...

Subhanallaha..baru kita perasan sangat-sangat Allah itu maha Rapi serapinya... Allah mengawal semua nya.. masa nilah saat kita dapat gadingkan hidup kita dengan firman Allah: " Kepunyaan Allah alah segala yang ada di langit dan dibumi. dan jika kalian  melahirkan apa yang ada didalam hati kalian atau yang kalian sembunyikan, nescaya Allah akan membuat perhitungan dengan kalian tentang apa yang diperlakukan.....(al-Baqarah 284)...

Sungguh kerdil manusia yang Allah yang cipta niekan... tpi sekerdil2 kita sebagai manusia yang Allah ciptakan... namun telah Allah diberikan akal dan fikiran untuk apa kita laksanakan tanggungjawab sebagai khalifah... tpi sayangnyer kita perlakukan hidup ini seperti "sifat kelembuan".. kata-kata dari seorang murabbi kami Sir.Rosdi.. hidup macam lembu yang hanya makan,tido,dan kelamin (sibuk cari pasangan
hidup) sahaja..Astagfirullah..... kenapalah kita x sedar setiap detik pergerakkan...ya Allah..ruginya kita habiskan sisa-sisa usia hidup ini.........



"Ya Allah, Hamba hadirkan hati ini...
  Memohon sesungguhnya daku berlindung kepada Mu....
  Dari menyukutukan_Mu dengan sesuatu yang daku ketahui....
 Dan daku mohon keampunan kepada_Mu untuk sesuatu yang tidak ketahui.."

Friday, February 4, 2011

Lukisan Rindu..


Bissmillah..ku dahulukan..serta selawat dan salam ke tas nabi junjungan kita Rasulullah s.a.w..post kali ini izzh nak nk kongsi salah satu lirik nasyid.. tersentuh dengan lirik nya.. adasatu part tu membuatkan izh amat terasa...dalam keasyikan melayan feel nasyid nie terlintas dalam fikiran semua liriik dan dendangan yang akut ikut nie pernahkah n ada xaq laksanakan..ikut2 jugak tpi bicara x serupa bikin...pa pe pown sma2 kita muhasabah diri.. Dalam menghayati lirik ini dapat juga aq rasai bagai mana seorang mukmin yang amat merindui Kekasih Allah..

Lukisan Rindu_Are_Buddy



Pada tangisan atau jua pada air mata,
Hadirlah sayang tak bisa ku lari darinya,
lukisan rindu yang terlantar di wajahku,
Hadir dari hati yang dihimpit perasaan
Dirimu ku rindu oh kekasih allah,
Walau kita tak pernah bersua

Mengalir mutiara suci di pipiku,
Sambil dibibir ku berselawat mengingatimu,
Kerinduan bertamu tidak bisa lagi ku bendung,
Hanya bisa ku luah dengan kata bermadah

Ku harapkan rahmat allah
Ku harapkan syafaatmu,
Agar bisa ku bersamamu oh rasulullah

Ku baca sirahmu,
Ku hayati kata katamu,
Betapa indah akhlakmu
Betapa erat ukhuwahmu dan sahabat,

Ku andaikan diriku berada di sisimu,
Namun langsung ku terpana..
Betapa hinanya aku di sampingmu..

Aku yang banyak berdosa,
Mengharap maghfirah Allah,
Aku malu padamu..
Duhai rasulullah..

Lukisan rindu.. padamu penuh berwarna,

Ya Rasulullah.. Ya Allah..

Mengalir mutiara suci di pipiku,
Sambil dibibir ku berselawat mengingatimu,
Kerinduan bertamu tidak bisa lagi ku bendung,
Hanya bisa ku luah dengan kata bermadah

Ku harapkan rahmat allah
Ku harapkan syafaatmu,
Agar bisa ku bersamamu oh rasulullah



Ku baca sirahmu,
Ku hayati kata katamu,
Betapa indah akhlakmu
Betapa erat ukhwahmu dan sahabat,

Ku andaikan diriku berada di sisimu,
Namun langsung ku terpana..
Betapa hinanya aku di sampingmu..

Aku yang banyak berdosa,
Mengharap maghfirah Allah,
Aku malu padamu..
Duhai rasulullah..

Lukisan rindu.. padamu penuh berwarna,

Pada tangisan atau jua pada air mata,
Hadirlah sayang tak bisa ku lari darinya,
lukisan rindu yang terlantar di wajahku,
Hadir dari hati yang dihimpit perasaan
Dirimu ku rindu oh kekasih allah,
Walau kita tak pernah bersua