Tuesday, August 9, 2011

Sungguh Indah Berjalan dalam gengaman kasih ilahi..



Hatiku berbicara..tentu bahagianya seorang insan itu sentiasa di mudahkan segalanya, tanpa ada duri yang mencalarkanya, namun sebenarnya tanggapan itu, belum lagilah bahagia kerna bahagia itu lahirnya dari kepahitan yang akan rasai atau dirasai,  kerana dari kepahitan itu lah benih yang mencabahkan rasa bahagia hidup seorang insan, begitulah dengan ujian yang Allah susun pada pentas kehidupan ini.
Kita sering mengukit dan mengeluh  akan duri yang terhiris meskipun hanya seurat benang, sedar atau tidak kita kan teguran kasih Nya dalam mentarbiah diri kita, serta peluang jalan dekati pintu syurga Ilahi. Sungguh secara jujurnya diri ku ini juga sering mengukit dan mengeluh apa yang terjadi..
Tiba satu masa Allah akan sentuh hati ini bila terasa  “bahagia”  sedangkan “derita “ yang akan menjengah, benarlah apa yang telah Allah telah berfirman dalam Al-quran “ sesuatu yang kamu merasakan ia baik untuk kamu itu belum pasti adalah baik untuk kamu , dan apa yang kamu sangkakan tidak baik untuk kamu itu  mungkin adalah yang terbaik”.

         
Persoalan kejujuran dalam teguran ini amat berkait sekali kerna dalam apa jua tindakkan semuanya meliputi kejujuran dari niat, sememang nya diri kita selalu akan menyatakan ia pada diri sendiri akan kejujuran yang ada, tetapi sebenarnya tidak semua tindakkan yang lakukan ini dengan kejujuran yang hadir bersama keikhlasan.

Cuba sama-sama kita muhasabah kembali diri ini, sememangnya kita tidak mahu pelbagai ujian dan mehna yang datang menjengah hidup ini, tapi sebenarnya kita sendiri yang mengizinkan semua, apa-apa ketentuan nya juga memang dari Allah. Kita tidak pernah jujur dengan TAUBAT kita pada Allah, seriang akan terkencundang kembali, peringatan ini banayak memberi pada diri ini sendiri.

Sering juga di ingatkan pada diri yang hina ini, sesuatu yang berlaku dalam hidup ini semua ketentuan Allah dalam menyusun langkah kita dekati Syurga bersama Ilahi. Walhua’lam.

P/s:Mohon doa dari kalian untuk terus kaki ini kuat melangkah..