Tuesday, July 19, 2011

~HaTi InI~

Bismillahirahmanirahim.



Pertama kalinya ku ucapakn syukur kehadrat Allah..atas nikmat yg masih lagi di pinjamkan pada kita..iaitu nikmat  Iman dan islam..srta nikmat kesihatan dan nafas  dalam kasih Nya…
Ingin ku kupas kan tentang peringatan bagi diri ku dan buat semua sahabat di luar sana.. soal yang ingin ku bangkitkan adalah soal Hati.. ADAKAH DIRIKU DAN ANDA  SEMUA TELAH BETUL-BETUL KENAL HTI MASING?.. mungkin ada yang yang mengatakan YA atau sebaliknya…
Dalam Quran  telah Allah berfirman : “ telah ku cipta kan seketul daging di dalam tubuh manusia dimana, baik di bentuk atau sbaliknya.. Hati ini perlu di jadikan persoalan harian kita kerna ia mempengaruhi setiap detik, hari, dan saat hidup ini..kerana dari hati lah niat di mulakan.

“Innama a’malumbinniat”.. setiap  amal di mulakan dengan niat

 “Hati ini Allah menciptakan ia, untuk dipertangugjawabkan di akhirat kelak kerena hati adalah pengerak perjalan hidup ini, sesungguhnya Hati pada hakikatnya patuh pada Allah, dan setiap ibadat yg dikerjakan oleh angota badan itu merupakan kunci pengerak semuanya. Dunia ini ibarat wanita atau perempuan yang curang, maka hati inilah perlu di fungsikan untuk memilih jalan yang lurus dalam hidup ini. Petikan dan kupasan dari buku “Keajaiban Hati” oleh salah seorang penulis hamka, menerangkan hati ini di hidupkan sama ada Nafsu atau Iman. Maka telah Allah telah berikan kita pilihan untuk mengerakkan hati itu sendiri.

Hati ini sangat memainkan peranan penting, kerana dari hati ini di sentuhdan tempatnya Allah akan pandang untuk dipertimbangkan amal atau makruf. Span ini dapat di ibaratkan esperti hati juga di mana meresapi semuanya baik atau kotor, tetapi hakikatnya kita perlu jadikan hati ini sebagai “penapis” untuk kita aturkan jalan hidup ini.

Allah itu maha lebih berkuasa lebih mengetahui sesuatu yang tersirat dan yang tersurat . Sedarkah tempat mana pertama-pertama Allah akan sentuh?.. tentunya adalah hati, kita sering mengatakan dan merasai suka dan perit hanya dihati. Kadang-kadang ada masa kita rasa hati kita ini bahagia tetapi dalam masa yang sama juga kita akan terasa kan sesuatu yang hilang atau kosong, sebenarnya kita prlu tahu yang Allah sedang menyentuh hati ini. Jangan pernah kiata putus asa dengan semua Allah berikan. 

Kerna dari hati juga allah letakkan hidayah, adanya cahaya yang mengerak semua pacar indera ini..
“Ya Allah, pimpinlah  hati ini jalan jangan pernah kau palingkan  hati dari kasih, agar bias ku sentiasa menghayati hidayah mu  ya Allah….”


Peringatan buat diri ini dan semua sahabat diluar sana, kita masih belum  terlambat untuk ubati hati ini, yakin lah!.. bahawa cahaya yang pernah hadir itu masih berada didalam sana lagi, Cuma hanya di tutupi dengan kekaburan asap nafsu dan dosa serta titik hitam  yang yang sentiasa dihadapan.


Sebelum ku akhiri coretan dan pesanan bersama, ku pohon pada Allah moga Allah sentiasa membimbing hati ini dan ku harap dari semua doakan hati ini kuat tempuhi segala mehna yang akan mendatang dan yg sedang ku tempuhi. Walhua’lam.