Sunday, April 10, 2011

"Allah Sentiasa Bersama Hambanya Yang Sabar"


Dalam meninti arus ombak kehidupan ini  kita sering diuji ibarat isi dan kuku kerana dimana-man kita berada manusia seiring dan sentiasa dengan ujian yang datang kepadanya.. Sabar yang dan ujian itu sendiri adalah hadiah dari Allah yang special bagi hambaNya yang terpilih untuk di tarbiah bagi kecapi nikmat syurga yang diganjari oleh Allah... 
Sabar juga adalah satu ibadah dan amalan yang dikira serta nilaian Allah terhadap hambaNya...disini dapat dikongsikan dan sama-samalah kita muhasabah kembali... sabar itu haruslah meliputi:-

* tabah dan tekun dalam mengerjakan taat atau ibadat kepada Allah;

* menahan diri daripada melakukan maksiat atau kemungkaran;

* memelihara diri daripada dipukau oleh godaan dunia, nafsu dan syaitan;

* tenang/teguh hati menghadapi cubaan atau musibah.

Tpi sedihnya knapa masih di fikiran dan dihati kita masih menyuarakan " Sabar aku ada tahap nya!".. sedangkan kita tahu Allah itu sentiasa bersama hambaNya yang sabar...
Nikmat sabar ini salah satu nikmat yang terbesar juga dalam hidup ini..cuba kita kita fikirkan balik..

~kita tengah jalan-jalan best tibe2 tersepak benda.."sial lah batu nie dok tengah jalan gangu jalan orang tul"...
~kita tengah khusuk masak tibe2 minyak percik..apa yang diucapkan?
~kita tengah gurau-gurau ngan kawan tiba tangan terlanggar tepi kerusi tau benda2 yang ada kat sekeliling...
~barang kita terkene something yang x suka contohnya kasut selalu kene najis kucing(sbb kat asrama saya banyak kuncing)..."kucing nie aku sembelih jugak kang!..
~bila kita nak wat baik da jerk orang tak heran and siap kene kutuk balik..."ah! malas dah nak wat baik dah..@ kenapalah aku yang kene...
~seterusnya pikir-pikir lah sendiria  apa yang anda alami.. 

Istighfarlah kita sahabat..selalunya Allah uji kat kita benda yang kecik jerk tapi kata dah x boleh sabar.. belom benda yang besar lagi... disini nak dicoretkan satu pengalaman saya..

saya kuat gak tidur...tapi part orang nak gerakkan saya dengan terkejutkan saya memang panas hati..tpi satu hari ni.. saya memang letih yang amat..saya pown tidur..sebelum saya tidur tu saya dah pasang niat kalu ada orang mengejutkan saya dengan terkejutkan saya, nak cuba bersabar xnak panas2 hati nie...saya pown tido...sedang nyenyak lena dibelai angin dari kipas syiling musollah..tiba2 adalah sahabat saya zaty yang sdang khusuk bergurau dengan sahabat saya yang lain, saya x taulah depa dok bergurau pa..tiba2..dalam mimpi saya terdengar bunyi letupan kuat..terus terjaga..rupanya zaty terpukul kaki saya dengan kuat, yang disangkakan kaki si ummu...apalagi bangun terus duduk..tapi apa yang terlafaz dari mulut insan yang mamai ni...  "Rasulullah pown x gerak sahabatnya bagun dari tidur cam nie.."..kata2 tu sepinta lalu keluar dari hati ke mulut ke  telinga... lepas tu tercengang semua yang da kat situ.."fuh!..ngatkan  nak marah tapi tazkirah dibagi"(huhu..klakar pulak ingatkan kembali)...tpi nikmat sabar yang kurasai tenang..tidak ada rasa panas hati dengan sesiapa pown...

Jadi bagi sahabat semua SABAR itu amat penting sangat....sama2 lah kita muhasabah kembali tentang apa amalan yang telah kita lakukan ...wallahu'lam

"ALLAH MENGUJI HAMBANYA SEHINGGA HAMBANYA LAYAK MENJADI PENDUDUK SYURGA BUKAN SEKADAR TETAMUNYA"(sIr R0sDi)

No comments:

Post a Comment