Wednesday, February 26, 2014

THAQAFAH DA`IYAH


Ilmu Pengetahuan Du`at




1. MUQADDIMAH

Dakwah kepada Allah tugas

Para rasul dan anbiya'

Ulamak, al-amilin, Rabbaniyyin al-sadiqin




Dakwah kepada Allah paling baik selepas beriman kepada Allah, kerana dakwah:

memimpin manusia mengenali Allah

menunjukkan kepada manusia jalan kebenaran dan kebaikan

mengeluarkan manusia dariada kegelapan jahiliyah kepada nur iman:

ومن أحسن قولا ممن دعا إلى الله وعمل صالحا وقال إننى من المسلمين – فصلت 33

Maksud dakwah kepada allah:

mengajak manusia berintima' kepada Allah, petunjuknya, menjadikan manhaj Allah sebagai hakim/ pemutusd di bumi

dakwah kepada Islam yang syamil dan kamil, tidak bercampur aduk dengan perkara batil, bukan mengamal sebahagian dan tidak mengamalkan sebahagian yang lain.




Dakwah dalam pengertian tersebut bukan mudah untuk dicapai kerana da`ie berdepan dengan mad`u yang berbagai ragam : pemikiran jumud, hati sakit, tamak kuasa, sesat dalam kehidupan dunia dan terlalu kasihkan dunia.




Da`ie yang mampu mengajak dan berbicara dengan hati, fikiran dan jiwa para mad`u ialah da`ie yang:

kuat iltizam dengan fikrah islamiyah, mengamalkannya dan berilmu pengetahuan

sanggup menjadikan dirinya sebagai pengurus, pentaujih, pengamal manhaj, guru dan murabbi dalam semua urusan.




Untuk melahirkan da`ie yang sanggup memikul tanggungjawab risalak yang besar ini

perlu kepada penyusunan pada peringkat dan manhaj tertentu

perlu kepada senjata yang penting iaitu iman, akhlak, dan ilmu pengetahuan

sabda Rasulullah saw: أكمل المؤمنين ايمانا أحسنهم خُلُقا




Ilmu pengetahun yang perlu dilengkapi da`ie ialah thaqafat:

al-islamiyah

al-tarikh

al-adabiyah

al-lughah

al-insaniyah

al-`ulum (sains)

al-waqi`iyah

al-islamiyah

2. THAQAFAH ISLAMIYAH

Maksudnya; semua tsaqafah ini mestilah berpaksikan Islam baik dari sudut sumber, prinsip dan ilmu berasaskan Islam.




Da`ie yang berdakwah kepada Islam mestilah mengetahui, memahami dengan jelas dan yakin Islam yang hendak disampaikan. Pengetahuan Islam itu mestilah diambil, dicedok dari sumber asal yang tidak diseleweng dan ditakwil.




Da`ie dan dakwahnya mestilah sentiasa berada di jalan yang benar dan basirah بصيرة :

قل هذه سبيلى أدعو إلى الله على بصيرة أنا ومن اتبعنى وسبحان الله وما أنا من المشركين – يوسف 108

" Katakanlah: inilah jalan (agama) ku, aku dan pengikut-pengikutku mengajak (kamu) kepada Allah dengan hujjah yang nyata. Maha suci Allah dan aku tidak tergulung (kedalam) orang-orang musyrikin".




2.1. Sumber Utama al-Quran dan Tafsirnya

Al-Quran sumber pengetahuan dalam Islam. Al-Quran meletakkan asas-asas aqidah, ibadat, akhlak, undang-undang, syariat, kefahaman, nilai dan neraca. Kemudia al-Sunnah didatangkan untuk menjelas dan memperincikan asas-asas itu supaya lebih terang dan jelas lagi.




Uslub Quran mu`jiz, al-Quran disifatkan sebagai nur yang menyinari ruh yang menghidupkan manusia

وكذلك أوحينا إليك روحا من أمرنا ما كنت تدرى ما الكتاب ولا الإيمان ولكن جعلناه نورا يهدى من يشاء من عبادنا وإنك لتهدى إلى صراط مستقيم – الشورى 52




2.1.2. Da`ie dan al-Qurqn.

Da`ie mesti menghfal Quran sekadar yang mampu, lebih baik jika mampu menghafal kesemuanya supaya mudah mengemukakannya ketika membicarakan topik yang perlu kepada penghujahan dai Quran. Selain menghafal da`ie juga mesti membaca Quran dangan penuh tadabbur terhadap maksudnya.




Ciri khusus Quran




a. Kalam Allah.




Quran kalam Allah lafaz dan maknanya. Jibril menerimanya dari Allah. Rasulullah saw menerimanya dari Jibril dan menghafalnya. Kemudian menyampaikan dan menjelaskannnya kepada sahabat dan umatnya




وإنه لتنزيل رب العالمين نزل به الروح الأمين على قلبك لتكون من المنذرين بلسان عربى مبين – الشعراء 192- 195













Quran mengandungi cerita, nasihat, perintah, larangan, syariat yang bersifat benar dan hukum hakam yang bersifat adil, rahmat, nikmat. Semuanya datang dari Allah.




وتمت كلمة ربك صدقا وعدلا لا مبدل لكلماته وهو السميع العليم - الأنعام 115

الّر ، كتاب احكمت آياته ثم فصلت من لدن حكيم خبير – هود 1

وإنك لتلقى القرآن من لدن حكيم عليم – النمل 6




b. Memudahkan التيسير




Ciri Quran kedua ialah memudahkan. Mudah diturunkan, dibaca, difahami dan mudah diamalkan bagi mereka yang mahu mengamalkannya




ولقد يسرنا القآن فهل من مدكر – القمر 17، 22، 23

ولقد يسرناه بلسانك لعلهم يتذكرون – الدخان 58




Sifat mudah Quran tidak membolehkan da`ie sewenang-wenangnya melakukan takwil. Tidak juga boleh diperdebatkan tanpa hasil kajian ilmiyah.




c. I'jaz اعجاز




Quran adalah kitab yang mu`jiz (melemahkan) . Rasulullah saw telah mencabar orang Arab supaya mengemukakan sesuatu yang sama kualitinya dengan Quean dari berbagai aspek. Cabaran ini telah dirakamkan Quran




قل لئن اجتمعت الإنس والجن على أن يأتوا بمثل هدا القرآن لا يأتون بمثله ولو كان بعضهم لبعض ظهيرا – الإسراء 88



c.1. Bentuk `ijaz Quran




`Ijaz Balaghi. اعجاز بلاغى

Ia berkaitan dengan bakaghah, susunan, uslub, ibarat dan lafaz- lafaz Quran.




`Ijaz al-maudu`ie اعجاز موضوعى

Ia bermaksud `ijaz Quran dari sudut kandungannya. Qurqn mengandungi berbagai bentuk hidayah, hikmah, nasihat, syariat, islah, taujih dan tarbiyag.

Ia ditujukan untuk individu, keluarga, jamaah, masyarakat dan kerajaan.

Ia berkaitan agama dan dunia.

Ulamak mengembangkan kandungan Quran mengikut topik tertentu. Contohnya; Abd Rasyid Rida menulis kitab bertajuk: Wahyu Muhammadiyah

Abu Zahrah menlis makalah bertajuk: Dalil Syariat al-Quran Datang Dari Allah.

Syikh Syaltut buku: Quran dan Peperangan. Quran dan Wanita.

Banyak lagi penulisan lain berkaitan Quran.




`Ijaz al-`ilmi اعجاز العلمى

Banyak ayat Quran mengisyaratkan supaya melakukan penyelidikan dalam berbagai bidang yang tidak pernah dilakukan dai zaman nubuwah




d. Kekal.




Tidak hilang selama-lamanya oleh apa-apa sebab sejalipun. Allah telah menjamin pemeliharaannya

إنا نحن نزلنا الذكر وإنا له لحافظون – الحجرات 9




Bukan untuk generasi tertentu, bukan untuk masa tertentu, bukan untuk tempat tertentu

Diturunkan sejak 14 kurun yang lalu, kekal hingga ke hari ini dan sampai bila-bila.




e. Syumul.




Quran untuk semua manusia

Untuk semua kehidupan

Perlembagaan untuk semua manusia

ونزلنا عليك الكتاب تبيانا لكل شىء وهدى ورحمة وبشرى للمسلمين – النحل 89

Kata Abu Bakar al-Siddiq: Jika aku kehilangan tali unta, aku pasti akan mendapatnya dalam kitab Allah".

Quran bukan menerangkan masalah aqidah dan ibadat sahaja, malah menerangkan permasalahan adab, fadilah, akhlak, syariah, dan undang-undang. Setiap isi Quran saling berkait kukuh antara satu sama lain. Ia amat indah.

وإذا طلقتم النساء فبلغن أجلهن فامسكوهن بمعروف أو سرحوهن بمعروف ولا تمسكوهن ضرارا لتعتدوا ، ومن يفعل ذلك فقد طلم نفسه ولا تتخذوا آيات الله هزوا واذكروا نعمة الله عليكم وما أنزل عليكم من الكتاب والحكمة يعظكم به واتقوا الله واعلموا أن الله بكل شىء عليم ، وإن طلقتم النساء فبلغن أجلهن فلا تعضلوا هن أن ينكحن ازواجهن إذا تراضوا بينهم بالمعروف ذلك يوعظ به من كان منكم يؤمن بالله واليوم الآخر ذلكم أذكى لكم واطهر والله يعلم وأنتم لا تعلمون – البقرة231-232

Kedua-dua ayat ini mengandungi

Hukum berkaitan kekeluargaan

Tarbiyah, taujih, akhlak, arahan beriman kepada Allah dan hari kiamat, menjelaskan bahawa Allah mengetahui apa yang tidak diketahui manusia.

Quran tidak ditujukan kepada akal dan hati manusia sahaja, malah ditujukan kepada keseluruhan diri manusia itu sendiri ( الكيان الإنسانى)

يا أيها الإنسان ما غرك بربك الكريم الذى خلقك فسواك فعدلك فى أى صورة ماشاء ركبك – الإنفطار 6-8

Khitab dalam agama al-lahut اللآهوت ditujukan kepada hati nurani sahaja. Kitab falsafah mesejnya ditujukan kepada akal fikiran sahaja. Quran ditujukan kepada semua sendi-sendi dan cirri-ciri yang membentuk manusia.

Dalam Quran terdapat tidak kurang dari

58 kali perkataan akal dan terbitannya; يعقلون ، تعقلون

17 kali perkataan al-fikr الفكر

16 kali perkataan al-albab الألباب

Penggunaan perkataan tersebut menyebabkan manusia bertindak memikir, mengkaji dan mengnalisis sesuatu tidak mengikut nafsu dan bertaklid, sebaliknya berpegang dengan hujjah dengan hujjah dan dalil yang jelas.




2.1.4. Beberapa peringatan kepada da`ie

Berikut adalah beberapa peringatan dalam hubungan du`at dengan Qurqn.




2.1.4.1. Para duat harus sedar bahawa Quran adalah bekalan hati, nur akal dan penyubur ruh.




2.1.4.2. Para duat mestilah mengumpul ayat-ayat Quran dalam berbagai jenis tajuk-tajuk. Sebagai contoh:

Ayat berkaitan ilmu

Orang berilmu sahabat karib malaikat

شهد الله أنه لا إله إلا هو والملائكة وأولو العلم قائما بالقسط – الأعراف 18

Ilmu mengangkat darjat orang berilmu

يرفع الله الذين آمنوا منكم والذين اوتوا العلم درجات – المجادلة 11

قل هل يستوى الذين يعلمون والذين لا يعلمون – الزمر 9

Orang jahil mesti mengikut orang berilmu sekalipun lebih muda usia

يا أبت قد جاءنى من العلم ما لم يأتك فاتبعنى أهدك صراطا سويا – مريم 43

Mendapatkan ilmu daripada orang bawahan

Kesah Nabi Sulaiman dengan burung hud-hud.

فمكث غير بعيد فقال أحطت بما لم تحط به وجئتك من سبإ بنبإ يقين – النمل 22

Kisah Habil dan Qabil mengambil ilmu daripada burung gagak

فبعث الله غرابا يبحث فى الأرض ليريه كيف يوارى سوأة أخيه – المائدة 31




2.1.4.3. Para du`at mesti mengambil iktibar daripada kisah-kisah Quran




Kisah-kisah dalam Quran banyak mengandungi hakikat, rahsia ilmiyah, taujihiyah dan tarbiyah yang ditujukan kepada akal dan jiwa secara tidak lansung. Ada empat tempat arahan secara tidak lansung berkaitan ilmu




Kisah Adam apabila Allah berkata kepada malaikat

إنى جاعل فى الأرض خليفة ، قالوا أتجعل فيها من يفسد فيها ويسفك الدماء ونحن نسبح بحمدك ونقدس لك ، قال إنى أعلم ما لا تعلمون – البقرة 33

Para malaikat hairan dan mempertikaikan Allah memilih manusia menjadi khalifah dan mendakwa mereka lebih layak. Allah menyedarkan mereka dengan meminta mereka memberikan nama kepada banyak benda. Apabila mereka gagal Allah meminta Adam berbuat demikian. Setelah Adam menyebut nama-nama itu malaikat terus akur.

قال يا آدم أنبيئهم بأسمائهم ، فلما أنبأهم بأسمائهم قال ألم أقل لكم إنى أعلم غيب السموات والأرض وأعلم ما تبدون وما كنتم تكتمون – البقرة 33

Sekaligus ayat ini memberi tahu ilmu adalah syarat bagi menjadi khalifah Allah di bumi.







Kisah Nabi Yusuf.

Kisah Nabi Yusuf membuat perancangan memulihkan ekonomi dan kewangan negara Mesir yang mana pada masa itu penduduk Mesir beranggapan 'tindakan merancang' adalah sesuatu yang bertentangan dengan sikap tawakkal kepada Allah. Surah Yusuf 43-49

Kisah Nabi Sulaiman dengan Raja Saba'.

Salah seorang jin yang menjadi tentera Nabi Sulaiman telah mengangkat singgahsana raja Balqis dengan sekelip mata dengan ilmu yang ada padanya. Nabi Sulaiman di Syam dan Kerjaan Saba' di Yaman.




قال الذى عنده علم من الكتاب أنا آتيك به قبل أن يرتد إليك طرفك – النمل 40

Kisah Zulqarnain

Zulqarnain telah membina benteng yang diperbuat daripada campuran besi dan tembaga. Sains telah membuktikan campuran dua jenis logam ini menambahkan kekuatannya.

آتونى زبر الحديد حتى إذا ساوى بين الصدفتين قال انفخوا حتى إذا جعله نارا قال آتونى أفرغ عليه قطرا فما استطاعوا أن يظهروه وما استطاعوا له نقبا – الكهف 96-97




Kisah-kisah Quran berkaitan iman

Kisah Ashab al-Kahfi; (al-Kahfi 13, 14, 15,)

Kisah Asiah isteri Firaun: (al-Tahrim 11)

Kisah orang awam beriman yang mengubah cara hidupnya; tukang sihir Firaun; (al-Aaraf 120-126)

Banyak lagi kisah-kisah lain, seperti Ashab al-Jannah. Ashab al-Ukhdud, Ashab al-Aikah dan……




2.1.4.4. Mengambil iktibar dari contoh-contoh Quran




Banyak contoh-contoh yang menggambarkan peribadi seseorang dalam berbagai keadaan




Orang kaya dan berpangkat yang bersyukur; Nabi Sulaiman sewaktu dia mendengar dan memahami perkataan semut

رب أوزعنى أن أشكر نعمتك التى أنعمت على وعلى والدى وأن أعمل صالحا ترضاه – النمل 19

Hakim yang adil; Zulqarnain, dia ada kuasa, tetapi tidak lalai dari beribadat, berkhidmat kepada masyarakat, melaksanakan keadilan, menghukum orang yang bersalah, (al-Kahfi 83-97)

Pemuda yang `afaf; Nabi Yusuf

Orang yang reda menerima takdir; Nabi Aiyub

Bapa soleh anak kafir; Nabi Nuh

Isteri kafir suami mukmin; Nabi Nuh




2.1.4.5. Bijak menjadikan ayat Quran sebagai dalil




2.1.4.6. Awas salah takwil dan menyelewengkan kalam Allah




Ulum al-Quran

Kita dah bincang dalam manhaj, tidak perlu dibincang lagi




2.1.6. Tafsir Quran

Penulis telah mengemukakan nama beberapa bidang penulisan kitab Tafsir. Antara lain:




التفسير بالرأى، تفسير الأحكام، تفسير أه الفقه، تفسير أها الحديث، تفسير الداعى ، تفسير اللغة والنحو




Beberapa wasiat bagi da`ie yang membaca tafsir.




Ambil berat tentang isi kandungan ayat tafsir tanpa melihat kepada perbezaan yang tidak membawa faedah

Melihat kepada sesuatu yang boleh menghidupkan jiwa

Menolak cerita-cerita israiliyat

Cerita-cerita israiliyat bermula di zaman sahabat dan tabi`in. Ia di bawa oleh Kaab al-Ahbar dan Wahab bin Munabih, kedua-duanya ahli kitab yang menganut Islam.




Cerita-cerita israiliyat juga sampai kepada orang Islam melalui kitab-kitab Yahudi dan Nasrani.




Orang Yahudi merancang memerangi Islam dengan memerangi tsaqafah setelah mereka ditewaskan Islam di Madinah. Mereka memasukkan ke dalam pemikiran orang Islam cerita-cerita israiliyat secara halus sehingga tidak disedari ia telah wijud dalam penulisan-penulisan orang Islam.




Quran telah merakamkan hakikat bahawa orang Nasara secara umum dan orang Yahudi secara khusus telah mengubah kitab-kitab mereka




يسمعون كلام الله ثم يحرفونه من بعد ما عقلوه وهم يعلمون – البقره 75




Ada dua sebab orang Islam ambil mudah semasa mengambil sesuatu bahan daripada ahli kitab dan Bani Israil

Kefahaman mereka tentang hadis Bukhari yang diriwayatkan daripada Abdullah bin `Umr ( hadis marfu`) berikut




بلغوا عنى ولو آية وحدثوا عن بنى إسرائل ولا حرج ومن كذب على متعمدا فليتبوأ مقعده من النار

"Sampaikan daripada saya sekalipun satu ayat dan ceritakanlah tentangb Bani Israil dan tiada kesalahan. Dan siapa yang dengan sengaja mendustakan saya dia sediakanlah tempatnya daripada neraka".




Berdalilkan hadis ini Ibnu Kathir dalam muqaddimah tafsirnya mengemukakan pendapat cerita-cerita israiliyat boleh diterima jika tidak diketahui ia satu pembihongan terhadap agama Islam.

Kebanyakan cerita-cerita israiliyat dalam kitab-kitab tafsir berkaitan perkar-perkara yang tidak dijelaskan dalam Syariat Islam (مسكوت عنه) , perkara yang diterima orang Islam dari Bani Israil tetapi tidak diketahui sejauh mana kesahihannya. Pada zahirnya nampak ia benar dan tidak menyalahi ajaran Islam. Namun ia tidak mendatangkan apa-apa faedah.




Dalam muqaddimah tafsirnya Ibn Katsir menyebutkan perkataan yang dinukil daripada risalah syikhnya Ibn Taimiyyah: "Oleh kerana itu para ahli kitab banyak khilaf dalam masalah seperti ini. Oleh sebab itu khilaf juga berlaku di kalangan ahli tafsir, seperti yang mereka sebutkan tentang nama Ashab al-Kahfi, warna anjing mereka, tongkat Nabi Musa diperbuat dari kayu apa, nama burung yang duhidupkan Allah untuk Nabi Ibrahim, nama pokok di mana Allah becakap dengan Nabi Musa…… dan lain-lain lagi yang tidak disebut Allah dalam Quran. Menentukan semua perkara ini tidak membawa sebarang faedah kepada mukallaf , baik untuk agama dan dunia mereka. Namun menukilkan khilaf mufassirin dalam hal ini adalah diharuskan.

Berhati-hati supaya tidak meriwayatkan riwayat-riwayat hadis maudu` (diada-adakan) dan daif

Berhati-hati terhadap pendapat yang daif dan fasid.

Sekalipun mereka yang meriwayatkan hadis-hadis terbabit dari kalangan mereka yang terkenal dalam bidang periwayatan hadis.




Kata Ali karramalLah wajhah: "Jangan kenali kebenaran berdasarkan kepada seseorang, tetapi kenalilah kebenaran, anda akan tahu orang yang benar".




Sunnah Nabawiyah.




2.2.1. Sunnah sebagai sumber pengetahuan.

Sumber kedua thaqafah diniyah du`at ialah sunnah. Sunnah berperanan

Memperinci, menerang Quran yang berbentuk umum dan ringkas.

Menjelaskan pelaksanaan hukuim-hukum Quran yang bersifat umum

Sunnah ialah perkataan, perbuatan dan pengakuan Rasulullah saw

Sunnah mengandungi sifat, sirah dan jihad Baginda

Kitab-kitab Sunan Sittah mestilah didahulukan, berikutnya ialah kitab-kitab musnad dan Muwaatta' Imam Malik.

Selain kitab-kitab sunnah ada kitab-kitab syarah hadis




2.2.2. Beberapa peringatan kepada para da`ie dalam mempelajari sunnah

Mengambil berat terhadap sirah nabawiyah

Terutama amalan sunnah yang berkaitan sirah Baginda, sikap dan petunjuk Baginda dalam urusan agama dan dunia

Dari segi amalan, sunnah nabi Islam dapat dilihat terjelma dalam diri Rasulullh. Apabila Aisyah ditanya tentang akhlak Rasulullah saw, beliau menjawab: "Akhlaknya adalah Quran".

Sirah Baginda contoh dalam melaksanakan keadilan dalam semua perkara dan terhadap semua orang; diri, keluarga, kawan dan lawan.

Sirah Baginda penterjemah amali terhadap perinsip syura. Perang Badar, Uhud dan peristiwa-peristiwa lain telah membuktikannya.

Sirah Baginda pelaksanaan praktik terhadap sifat tawaduk. Baginda menjahit kasut, menampal baju, memerah susu kambing, mengisar tepung, tidak membezakan dirinya dari sahabat lain, pernah memilih tugas mengumpul kayu api untuk memasak bersama sahabat.

Mengumpul hadis mengikut tajuk dan jenisnya

Menenerangkan kedudukan ilmu

Menggalakkan menuntut ilmu dan mengajar

Memerangi buta huruf; syaratkan bebas tawanan perang Badar mengajar 10 anak Islam menulis

Menggalakkan belajar bahasa, Baginda perintahkan Zaid bin Thabit menuliskan wahyu

Mengambil ilmu dari orang bukan Islam untuk faedah Islam; الحكمة ضالة المؤمن أنى وجدها فهو أحق بها

Nilai niat dalam Islam

Niat sebagai ukuran amalan; إن الله لا ينظر إلى صوركم ولكن ينظر إلى قلوبكم

Niat yang betul menjadikan perbuatan adat jadi ibadat; sesuap nasi kepada isteri sedekah, bersetubuh dengan isteri jadi sedekah

Niat tidak ikhlah sia-siakan amalan; lelaki berhijrah kerana Ummu Qais, orang berperang jihad hanya dengan niat untuk mendapatkan harta dia akan mendapat apa yang diniatkannya, tiga kelompok orang bersifat ria'; pembaca Quran, menginfaq, mujahid adalah orang pertma dibakar pada hari kiamat.

Berniat sahaja tanpa buat dapat pahala;

Berniat dan melakukannya tetapi tidak sempurna; orang yang berhijrah kerana Allah dan rasulnya, kemudian dia mati, dia telah mendapat ganjarannya di sisi Allah

Berniat dan tidak melakukannya juga dapat pahala; berniat dengan ikhlas untuk mati syahid akan ditempatkan bersama para syuhada' sekalipun dia mati di atas katil; lelaki yang sentiasa melakukan qiamullail semasa sihat dan bermukim, sekiranya dia tidak melakukannya kerana sakit atau musafir dia dapat pahala qiyam

Niat melakukan kejahatan dapat balasan jahat

Dua muslim saling berbunuhan, si pembunuh dan yang dibunuh masuk neraka

Berkat niat baik

Mendapat pertolongan Allah: sesiapa berhutang kepada orang dan berniat untuk membayarnya dan dia mati Allah akan melunaskan hutangnya:

إن يعلم الله فى قلوبكم خيرا يؤتكم خيرا مما أخذ منكم ويغفر لكم – الأنفال 70

Mendapat kejayaan

إن يريدا اصلاحا يوفق الله بينهما – النساء 35

Hadis; seorang bersedekah kepada pencuri, penzina dn orang kaya, dia bermimpi didatangi seseorang yang berkata: mudah-mudahan sedekahmu kepada pencuri akan memeliharanya dari mencuri, mudah-mudahan sedekahmu kepada penzina memeliharanya daripada zina, mudah-mudahan sedekahmu kepada orang kaya memberinya pengajaran dan mensedekahkah hartanya




Kesan niat

Niat baik melakukan perbuatan maksiat tidak mengubahnya menjadi halal

Niat baik dalam perkara tidak disyariatkan tidak menghasilkan pahala dan qurbah kepada allah.




Berhati-hati menggunakan hadis bukan pada tempatnya

Ada sesetengah golongan memesong dan mentakwilkan hadis dari yang sebenar untuk menyokong mana-mana golongan

Menggunakan hadis kahwinkan tandan tamar sebagai alasan untuk tidak terikat dengan syariat dalam bidangkan ekonomi dan politik kerana Baginda telah menyerahkannya kepada manusia

Menggunakan hadis Islam bermula dalam keadaan dagang dan akan kembali dalam keadaan dagang, sebagai hujjah untuk tidak lagi wajib berdakwah

Menentang gerakan yang menimbulkan keraguan terhadap hadis saheh

Menjauhi hadis-hadis yang boleh mengelirukan orang awam

Hadis matahari sujud setiap hari di bawah arasy

Berhati-hati terhadap hadis-hadis maudu`




Beberapa ilmu islamiyah lain

Qaradawi mengemukakan beberapa ilmu islamiyah lain yang perlu dipelajari para du`at seperti, Fiqh, Usul Fiqh, Aqidah, Akhlak, Sistem-sistem Islam. Ilmu-ilmu ini tidak dibincang disini.




Thaqafah Insaniyah.

Maksud Thaqafah Insaniyah ialah Ilmu Psikologi, Sosiologi, Ekonomi, Akhlak dan Falsafah




2.4.1. Kepentingan ilmu-ilmu jenis ini

Ada hubungan secara lansung dengan subjek dakwah, iaitu manusia

Membantu pendakwah memahami manusia

Mengetahui ilmu-ilmu ini dapat membantu da`ie menolak unsur negatif yang terdapat dalam ilmu terbabit, malah mengelak dirinya daripada terikut-ikut dan terpengaruh

عرفت الشر لا للشرلكن لتوقيه

من عرف لغة قوم أمن مكرهم







Thaqafah Waqi`iyah




Maksudnya pengetahuan yang diambil dari reality kehidupan dan apa yang berlaku dalam dunia hari ini

Da`ie yang mempunyi ilmu-ilmi Islam, sains, bahasa tidak memadai selagi dia tidak menegetahui masyarakat dan negara setempat : (adat, budaya, mazhab, peratutan, susah senang)

Da`ie tidak akan berjaya dalam dakwah sekiranya dia tidak mengenali mad`unya dan tidak mengetahui pendekatan dakwah, apa yang patut didahulukan dan dikemudiankan

Baginda mengutus Muaz bin Jabal ke Yaman dan bersabda: " Engkau datang ke ahli kitab. Perkara pertama hendaklah engkau menyuruh mereka mengucap dua kalimah syahadah, sekiranya mereka taat beri tahulah mereka bahawa Allah memfardukan kepada mereka solat lima waktu sehari semalam, sekiranya mereka taat, beritahulah mereka bahawa Allah telah memfardukan sedekah (zakat) diambil daripada golongan kaya dan diberikan kepada golongan miskin".




Da`ie mestilah mempelajari realiti:

Dunia Islam

Dunia antarabangsa yang menentang Islam

Agama-agama semasa

Aliran politik semasa

Harakah Islam semasa

Aliran pemikiran yang menentang Islam

Persekitaran setempat




PENUTUP

Pembentangan ini ringkas, bertindak sebagai pepandu kepada yang lebih terperinci

Saya kurang pasti apahak buku ini telah diterjemah ke dalam Bahasa Melayu, jika sudah, ia sangat perlu dibaca.

Sekian, segala kekurangan mohon dimaafkan




Anisah Ab. Ghani

Keramat 24.3.09. 24.00

No comments:

Post a Comment